Aveneu Park, Starling, Australia

Isu diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut. bayangkanlah

Isu pencemaran alam sekitar telah menjadi satu fenomena yang mendapat perhatian pelbagai pihak. Isu persekitaran ini sangat membahayakan aktiviti manusia dan juga persekitaran biofisika. Tambahan pula, punca bagi isu pencemaran alam sekitar ini berkait rapat dengan populasi manusia, Hidrologi, dan, Pertanian intensif (Beritaharian, 2016). Jika dipikirkan semula punca ini amnya disebabkan oleh pembangunan pesat yang telah dialami oleh setiap Negara Abdul Manaf Bin Bohari (1997). Hal ini telah mewujudkan pelbagai impak negatif yang dapat dilihat dengan meneliti hasil kajian yang dibuat oleh shepard (1973). Di Negara kita Malaysia, Kesan yang amat ketara ialah peningkatan sisa pepejal saban tahun . Dianggarkan secara purata rakyat Malaysia telah  menghasilkan kira-kira 33, 000 tan sisa pepejal pada setiap hari (utusan, 2015). Ini bermakna sisa pepejal yang dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Melihat daripada peningkatan tersebut,dipercayai  kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dalam kalangan masyarakat kita terlalu rendah berbanding Negara maju yang lain menurut Rosmidzatul Azila Mat Yamin (2015).   Amat membimbangkan adalah, keadaan akan menjadi teruk sekiranya tiada langkah alternatif yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah tersebut. bayangkanlah sekiranya keadaan terlalu mendesak, tidak mustahil kawasan yang luas dan berpotensi untuk di majukan akan dijadikan tapak perlupusan sampah (Siti Norfazilah,2009) Sehaluan dengan itu, langkah efektif perlu dilakukan untuk membendung masalah ini.Menurut (Rosmidzatul Azila Mat Yamin 2015), Salah satu kaedah yang digunakan oleh Negara-negara maju dalam membasmi dan mengurangkan sisa pepejal atau sampah sarap adalah dengan melakukan proses kitar semula. Menurutnya lagi, kitar semula merupakan kaedah yang perlu diterap dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini kerana, Buktinya banyak ayat al-Quran yang menekankan secara jelas tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar. Antaranya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud, ayat 61). Berbalik kepada kitar semula, walaupun ayat Surah Hud secara dasarnya  tidak menonjolkan secara langsung mengenai kitar semula, namun Tersirat ayat ini memperlihatkan bahawa kitar semula merupakan salah satu cara untuk memakmurkan alam sekitar Menurut Rosmidzatul Azila Mat Yamin (2015).Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua(2008), Kitar semula ialah kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula dan  wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dapat digunakan kembali.Kitar semula merupakan satu akitiviti yang biasa dijalankan oleh pelbagai pihak tetapi kurang galakkan (Utusan Online, 2015). Namun begitu kitar semula amat penting terhadap alam sekitar fizikal dan manusia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (2009)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua(2008), amalan didefinisikan sebagai perbuatan yg biasa dilakukan atau kebiasaan. Amalan juga merupakan perbuatan yang baik-baik. Amalan  ialah sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan, dikerjakan sebagai sesuatu kebiasaan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998 : 33). Perbandingan lebih ditekankan kepada kaedah mencari hubungan empirik antara pelbagai pemboleh ubah, dan kaedah ini sebenarnya bukanlah kaedah pengukuran. Oleh kerana kaedah perbandingan tidak melibatkan kaedah pengukuran, namun kaedah perbandingan melibatkan kualitatif dan bukan analisis kuantitatif (Ronald Chillcote). Perbandingan dapat memperlihatkan dan gambaran sesuatu perbezaan atau persamaan dalam kajian pengkaji.Pelajar merupakan golongan yang menuntut ilmu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) Tingkatan membawa maksud tingkat, kelas, peringkat, perenggan dan takat manakala Empat adalah bilangan tiga campur satu. Lelaki ialah manusia daripada jantina yg tidak akan melahirkan anak dan merupakan pasangan kepada perempuan, manakala perempuan ialah wanita atau lawan lelaki (Kamus Pelajar Edisi Kedua,2010). Smk Abdul Rahim pula merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di daerah kudat (sabah.edu,1960). Dari segi aspek pengkajian, pengkaji akan mengkaji golongan pelajar tingkatan empat iaitu golongan yang berumur 16 tahun di Smk Abdul Rahim kudatOleh itu, Perbandingan Amalan Kitar Semula Dalam Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Tingkatan Empat di Smk Abdul Rahim merupakan tajuk besar pengkaji dalam subjek Pengajian Am (900/4) . Rasionalnya pemilihan isu iaitu perbandingan amalan kitar semula kerana pengkaji ingin mengetahui jenis barangan, tahap pengetahuan, dan tahap amalan dalam melakukan aktiviti kitar semula dalam pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat. Dari segi sasaran, Rasionalnya pengkaji lebih memilih pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat sebagai sasaran kerana tahap komunikasi antara pengkaji dan sasaran sangat baik. Hal ini memudahkan pengkaji melakukan aktiviti mendapatkan maklumat melalui soal selidik dan temu bual dalam kalangan mereka. Akhir sekali, pemilihan SMK Abdul Rahim Sebagai kawasan kajian pengkaji kerana kawasan ini berdekatan dengan tempatt tinggal pengkaji. Justeru, pengkaji dapat menjimatkan kos perbelajaan,  mengurangkan pembaziran masa terhadap kajian dan  dapat memperuntukkan waktu untuk pembelajaran pengkaji. 

x

Hi!
I'm Simon!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out